Nota:

Sila klik Tajuk Post Permulaan Perjalanaan disenarai sebelah kanan untuk membaca dari mula.

Post Syukur adalah penutup catatan pengalaman ini.

Monday, July 9, 2007

Syukur

Hari terakhhir sebelum bertolak pulang kami membuat tawaf wida’ iaitu tawaf selamat tinggal. Sedih untuk meninggalkan Baitullah, rumah Allah. Ketika sedang sibuk memunggah barang kedalam bas untuk ke Jeddah, turunlah hujan lebat di Mekah yang hanya dihujani lebih kurang 10 kali setahun. Alhamdulillah hujan rahmat......
Tiba di Jeddah semua urusan imigressen berjalan lancar tak seperti pengalaman dulu. Perjalan dalam pesawat pun lancar, sempat sembahyang subuh dalam pesawat. Kami tiba KLIA pun ikut jadual, Alhamdulillah..... Amin.

Ziarah Mekah Lagi Sekali

Hari keempat di Mekah, kami dibawa ke Hudaibiyah melawat ladang ternakan unta. Sempat minum susu unta yang baru diperah. “Phries, Phries” kata arab yang bawa susu tu. Rupanya maksud dia “Fresh, Fresh” susu baru perah. Khasiat susu unta ini ialah bagus untuk menguatkan paru-paru terutama pada kanak-kanak. Unta adalah sejenis haiwan yang tinggi perkertinya, contoh ia akan hanya berkahwin pada waktu malam, sekiranya ada cuba mengintai ia akan mengejar hingga membunuh pengintai tersebut. Kami terukan ke masjid Hudaibiyah runtuhan masjid yang dibina pada zaman sahabat menandakan perjanjian Hudaibiyah yang merugikan pihak Islam. Ingat lagi belajar sejarah agama Islam masa sekolah dulu? Nabi dan sahabat dihalang memasuki Mekah untuk berhaji. Kami terus berihram di masjid yang sedia ada bersebelahan tapak runtuhan masjid lama. Lalu berniat umrah disitu.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di kilang membuat kiswa, kelambu kaabah, sempat saya menjahit dengan benang emas dan perak pada khat yg sedang dibuat. Kelambu kaabah ini mengambil masa setahun untuk disiapkan, dan selalu ditukarkan ketika jemaah haji berwuquf diArafah. Kaabah ini umpama gadis yang pemalu, apabila hendak menukar pakaian dilakukan ketika tiada orang di situ. Kalau ada rezeki, musin haji tahun ini apabila ditukarkan kelambu kaabah yang baru akan ada bahagian jahitan saya .... InsyaAllah. Seterusnya kami singgah di Muzium Dua Masjid. Muzium yang menyimpan barang-barang dan peralatan asal Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Disini dapat dilihat pintu asal kaabah, tiang asal kaabah, tangga kayu naik kaabah dan sebagainya

Sebelah malam nya pula kami pergi mendaki Jabal Nur menziarah Gua Hira’ tempat Nabi mula mendapat wahyu. Sungguh syahdu melalui pendakian bukit berbatu sambil mengingati Siti Khadijah berulang-alik membawakan makanan untuk suami tercinta. Sampai diGua Hira’ lebih mengharukan apabila mengenangkan disitulah titik permulaan agama kita anuti sekarang sedangkan pada mata orang arab tempat hanyalah gua dibukit berbatu......

Padat sungguh, bila masa beribadat? Sebenarnya setiap program lawatan tidak melewati masa 4 jam dalam sehari. Jadi yang selebihnya adalah masa untuk aktiviti bebas. Tak kan berapa kuat / banyak ibadat nak cerita kat orang kot.....?!?!?!?

Ziarah Mekah Lagi

Hari ketiga di Mekah kami terus ke Tannaim untuk bermiqat umrah. Dalam perjalanan ke Masjidil Haram kami berziarah kebeberapa kedudukan penting dalam sejarah. Kami melalui sebuah bukit yang dikenali sebagai bukit menangis. Ini bersangkutan dengan peristiwa ketika Nabi meninggalkan Mekah untuk ke Medinah setelah diperintah Allah. Diatas bukit tersebut Nabi berkata “Jika tidak kerana perintah tuhanku, tidak akan ku tinggalkan Kota Makah ini” lalu bukit itu mengangis dengan pemergian Rasullullah. Kami ditunjukkan Jabal Qubis besebelahan Masjidil Haram, sekarang ini telah didirikan istana raja. Malaikat ketika Allah memberitahu akan penciptaan Adam telah menyoal Allah dan myatakan bahawa manusia hanya akan membuat kerosakan di muka bumi Allah. Allah mengatakan Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. Lalu malaikat merasa bersalah dan berdosa lalu ada yang terus rukuk, sujud tak bangun-bangun sehingga Allah memerintahkan malaikat supaya membina kaabah di bumi yang ketika itu hanyalah lautan tiada daratan. Jadi malaikat telah membawa Hajral Aswad kebumi untuk membina rumah Allah dan bertawaf mengelilinginya maka diampukan Allah kesalahan para maliakat tersebut. Baitullah didirikan diatas buih-buih dilautan sahaja, lama kelamaan buih itu menjadi bukit. Itu lah Jabal Qubis bukit yang pertama di bumi ini.
Kami juga ditunjukkan tapak rumah Siti Khadijah yg sekarang ini dibina tandas besar diatasnya. Juga rumah kelahiran Nabi atau dikenali juga sebagai Maulidur Rasul. Diatas tapak itu dibina bangunan oleh kerajaan Al-Syeriff sebagai pejabat tadbir, cuba dirobohkan oleh kerjaan As-Saoud tetapi ketika traktor hendak merobohkan rumah tersebut keluarlah api besar kearah traktor lalu lari pemandunya. Akhirnya rumah itu dibiarkan dan dijadikan perpustakaan. Kaum Bani Hashim iaitu kelaurga Nabi, ketika Baginda menyebarkan ajaran Islam telah dipulaukan oleh Puak Quraish yang lain, perkampungan Bani Hashim itu kini adalah terminal bas berhampiran Jabal Qubis. Kami juga ditunjukkan kedudukan tepat Nabi Ibrahim ketika melambai kepada umat manusia apabila diperintahkan Allah. Sempat saya serukan nama-nama mereka yang berpesan disitu, InsyaAllah. Kemudian kami teruskan ibadat umrah lagi.